Monday 1 February 2016

Kepentingan Facial Wajah

Pernah tak anda ke salon kecantikan? Kalau ya, mesti anda sangat tahu berkenaan facial. Anda tentu ingin tahu apakah yang anda akan dapati dengan setiap terapi facial yang anda lakukan.

Kepentingan Facial Wajah


1. Mengetahui Jenis Kulit

Sebelum melakukan facial, beautician akan meneliti jenis kulit anda. Apakah kulit anda jenis kulit kering, kulit normal atau kulit berminyak. Setelah tahu jenis kulitnya seorang beautician akan memberi tahu masalah-masalah yang sering dialami oleh kulit anda. Selepas itu barulah beautician melakukan rawatan facial. 
Sesekali melakukan facial memberikan manfaat kepada anda
Sesekali melakukan facial memberikan manfaat kepada anda

Bahan kecantikan yang digunakan untuk facial juga disesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit anda. Jadi, anda tak perlu takut jika facial akan merosakkan wajah anda. Dengan mengetahui jenis kulit anda, anda akan lebih mudah apabila membeli bahan kecantikan. Selain itu anda juga boleh mengetahui jenis makanan yang sesuai untuk kulit anda.

2. Pembersihan Kulit Wajah secara Menyeluruh

Setiap hari pastilah kulit kita terdedah kepada pencemaran. Namun tahukah anda? Walaupun kulit anda sudah dibersihkan di rumah, ada kotoran kecil yang tidak boleh dicapai oleh pembersihan anda. Dengan facial, proses pembersihan wajah anda boleh lebih maksimum. 

Antara proses pembersihan yang dijalankan adalah:


  1. Make up removal adalah untuk membersihkan kulit daripada kekotoran atau make up yang dipakai.
  2. Cleansing adalah untuk menanggalkan sel mati pada kulit muka di samping membuka pori-pori anda. 
  3. Scrub. Proses scrub dibuat untuk menanggalkan sel mati dengan lebih berkesan
  4. Membuang blackhead dan whitehead. Ini adalah proses yang sukar jika anda buat sendiri tanpa kemahiran tersendiri. Juga boleh menyakitkan sekiranya tidak dibuat dengan betul.

3. Massage

Selain untuk membersihkan wajah, beautician biasanya turut akan mengurut wajah anda. Urut ini berfungsi untuk melancarkan peredaran aliran darah anda dan berfungsi untuk memberikan ketenangan diri anda. 
Massage yang betul membantu melancarkan peredaran darah anda
Massage yang betul membantu melancarkan peredaran darah anda
Urutan ini juga dapat mengetatkan otot-otot wajah sehingga membuat anda tampak lebih muda. Aroma aromatherapi juga membuat anda lebih merasa santai dan rileks. Dengan begitu beban stress yang terkumpul pun boleh hilang.

4. Ketenangan

Ketenangan adalah tujuan utama dari facial. Dengan facial, otot-otot wajah anda yang tegang boleh ditenangkan. Facial juga boleh menyejukkan kulit anda semasa cuaca panas seperti kebelakangan ini. 

5. Membuat Percaya Diri

Selain untuk merawat wajah, facial juga boleh membuat anda percaya diri. Dengan facial rasa letih dan stress anda yang menggunung tinggi boleh hilang. Facial juga boleh menarik kulit anda yang kendur sehingga kulit menjadi tegang semula. Jika kulit tegang kembali anda boleh kelihatan lebih muda dan lebih percaya diri.

Tidak ada salahnya anda melakukan facial sekurang-kurangnya sebulan sekali. Facial sangat membantu sekali untuk anda yang suka memanjakan diri. Jadi, sekarang anda sudah tahu bukan manfaatnya? Memanjakan diri bukan hanya dengan shopping dan pelesir ke luar negeri. Dengan facial, anda boleh memanjakan diri dengan cara sederhana dan hasilnya tak kalah memuaskan.

Jemput hubungi kami untuk temujanji facial anda sekarang.

Raihanah 0122195919
Continue Reading…