Friday 29 January 2016

5 Amalan Gaya Hidup Sihat

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.

Akibat tidak mengamalkan gaya hidup sihat
Akibat tidak mengamalkan gaya hidup sihat

Berikut adalah 5 amalan gaya hidup sihat yang mungkin dapat membantu kita.

5 Amalan Gaya Hidup Sihat

1. Menjaga Pemakanan Seharian   

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. 

Selain itu, pengambilan suplemen atau makanan tambahan dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian kita.  Nutrisi yang tidak mencukupi akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
Makanan seimbang seharusnya menjadi amalan
Makanan seimbang seharusnya menjadi amalan


2.  Bersenam atau Beriadah  

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

Bersenam membantu tubuh dan minda sihat
Bersenam membantu tubuh dan minda sihat


3.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

4.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

 Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

5.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

 Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah:

Merokok

Tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. 
  

Merokok menjejaskan kesihatan
Merokok menjejaskan kesihatan

Menagih Dadah

Manakala menagih dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, di samping dadah itu sendiri memberikan kesan buruk kepada kesihatan. 

Maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.     


Minum arak

Arak juga memberikan kesan kesihatan umpamanya mudah mendapat penyakit radang hati atau kanser hati. 
Minum arak meningkatkan risiko mendapat kanser hati
Minum arak meningkatkan risiko mendapat kanser hati


Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.  Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.

Raihanah 0122195919

23 comments:

  1. No 2 tu jarang-jaran buat. Risau gak ni. Berat naik skit bulan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak konsisten bersenam tu jarang2 jadi kan bro.. hehee

      Delete
    2. bersenam memang ramai betul yang tak boleh konsisten. takpe, buat pelan2, jangan paksa terus

      Delete
  2. perkongsian yang bagus ini..insyallah nak amalkan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anah, banyak manfaatnya tu, tp tulah kan kita ni selalu lupa, suka sangat ikut nafsu

    ReplyDelete
  4. usaha untuk menjaga kesihatan amat perlu..jika tak buruk padahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tuan, kalau dah 40an susah nanti nak betulkan tahap kesihatan

      Delete
  5. Yg No. 5 ja yg konsisten, yg lain2 tu ada turun naik. Tapi bila nmpk pakcik makcik yg sengsara oleh gout, darah tinggi, diabetes, dll, rasa insaf akan menjelma...

    ReplyDelete
  6. Setiap hari kita perlu jaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sempurna. Banyakkan senaman, jangan melakukan perkara yang memudaratkan kesihatan baik untuk diri sendiri mau pun keluarga. Insha Allah hidup sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  7. Akak yg no 2 tu jarang sangat buat Raihanah..
    Doktor dah pesan suruh buat riadah yg mengeluarkan peluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun kak, tapi sentiasa berusaha juga lah

      Delete
  8. Nampaknya kena lebih perihatin dalam menjaga diri

    ReplyDelete
  9. sekarang memang selalu tak sihat. pregnant kali ni tatau la kesihatan memang merudum teruk jatuh ke bawahnya. syukur jugak suami bukan perokok kalau tidak lagiiii rasa tak sihat gamaknya huuuu

    ReplyDelete
  10. yang penting, jaga kesihatan sejak dari usia muda lagi. kesihatan ni merupkan aset penting kita.

    ReplyDelete
  11. saya dah 4 tahun dah tak buat pemeriksaan kesihatan..risau jugak takut dalaman kita macam mana

    ReplyDelete
  12. Mencegah lebih baik dari mengubati... kesihatan mmg sgt berharga...

    ReplyDelete
  13. Wah sangat berguna nhe kak :). Kalau tak mengamalkan gaya hidup yang sihat pasti penyakit mudah datang pada kita :)...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah tak ada perkara negatif yang Zumal buat

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik