Melakukan dua kerja adalah hasil cadangan Timbalan Menteri, YB Ahmad Maslan baru-baru ini. Biasalah pandangan ini menerima pelbagai reaksi bercampur-campur daripada rakyat. Ada yang tidak menerima. Tetapi ramai juga sebenarnya bersetuju. Hakikatnya ramai rakyat telah pun mengamalkan budaya dua kerja sejak bertahun-tahun.
Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger
 |
| Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger |
Segmen ini adalah anjuran blogger pokok2u dan tarikh akhir posting adalah pada 31 Januari 2016. Pelbagai hadiah menarik disediakan, selain membuat entri baru, boleh juga saya kongsikan kepada anda apakah kami di myBekam SPA Gombak lakukan.
Saya selama ini masih bekerja di sebuah syarikat IT di Subang Jaya. Alhamdulillah kerja hakiki tidak terjejas langsung.
Kerja Kedua di MyBekam SPA Gombak
Kami di myBekam SPA Gombak menyediakan perkhidmatan berikut kepada anda yang berminat
Perkhidmatan Facial dan SPA Bergerak di Gombak
Perkhidmatan ini ditawarkan khusus untuk wanita. SPA Bergerak itu maksudnya kami boleh ke lokasi anda, kalau di luar Gombak kami akan caj RM10 untuk duit minyak dan tol, bergantung kepada lokasi.
Antara pakej facial yang kami sediakan adalah:
- Pakej Basic - RM39 (cucian muka, scrub dan masker sahaja)
- Pakej Penuh - RM59 (urutan wajah, cucian, masker, stim, buang blackhead/whitehead, makeup removal, whitening dan toner)
- Tambahan sebanyak RM10 untuk rawatan anti jeragat.
Setakat in alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, walaupun hanya bergerak ke lokasi pelanggan, peralatan yang kami bawa tetap profesional.
Perkhidmatan Bekam Klinikal
Perkhidmatan bekam ini ditawarkan kepada kaum lelaki. Setakat ini perkhidmatan dilakukan di premis kami di Gombak.
Minima cupping adalah sebanyak 7 cup dengan bayaran RM10 / cup. Selain daripada keistimewaan kami dari aspek prosedur klinikal, kami juga menawarkan vitamin percuma untuk digunakan oleh anda dalam tempoh 5 hari.
Peluang Menjana Pendapatan Sampingan
Sebenarnya apa yang kami lakukan, anda juga boleh lakukan. Kedua-dua perkhidmatan kami lakukan di luar waktu kerja (samada malam atau hujung minggu) dengan temujanji hendaklah dipersetujui kedua-dua pihak.
Kami juga membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai tim kami di D'Haizsa Wellness. Pakej kami termasuk:
- Peralatan asas memulakan perniagaan
- Kursus percuma
- Panduan / coaching insyaALlah berpanjangan
- Support group online (melalui wasap / telegram, facebook).
Harga pula memang berpatutan, kerana kami faham bukan senang hendak cari duit. Jadi modal yang kami tawarkan juga sangat berpatutan dan mampu milik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sebarang temujanji boleh hubungi
Raihanah 0122195919