Thursday 28 January 2016

Bekam Adalah Sunnah

Kata orang, bekam adalah amalan sunnah. Amalan sunnah bermaksud segala perbuatan atau perkataan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Bekam adalah aktiviti mengeluarkan darah kotor daripada badan.

Berbekam adalah amalan Rasulullah s.a.w
Berbekam adalah amalan Rasulullah s.a.w


Namun benarkah berbekam adalah amalan sunnah?

Bekam Adalah Amalan Rasulullah s.a.w

Tahukah anda amalan berbekam telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w lama dahulu. Baginda melakukan bekam supaya racun daripada badannya dapat dikeluarkan apabila baginda termakan daging panggang beracun. Inilah asalnya berbekam, justeru ia adalah amalan sunnah.

Kisah Rasulullah s.a.w dengan daging panggang beracun adalah sepertimana dari artikel Amalan Sunnah Berbekam, panjang juga ceritanya namun berbaloi untuk kita ketahui amalan bekam di zaman Rasulullah s.a.w.

Seorang sahabat Rasulullah bernama Bisyr bin al-Barra' menemui ajaknya dalam keadaan menyayat hati. Dia terpaksa menanggung penderitaan yang hebat akibat memakan daging kambing panggang yang dilumur racun. Bukan sembarangan racun, sedikit pun sudah cukup untuk membunuh sekawan kambing.
Ia angkara muslihat jahat Yahudi yang tidak pernah lurus hatinya terhadap orang Islam. Gara-gara kalah teruk dalam Perang Khaibar, pemuda Yahudi Khaibar merestui rancangan seorang wanita Yahudi bernama Zainab binti Harris untuk cuba menyakiti Rasulullah s.aw. dengan memberi racun.
Alasan Zainab adalah, apabila ditanya Rasulullah s.a.w, "Kalau benar tuan seorang nabi utusan Allah, Allah tentu akan lepaskan tuan daripada racun tersebut. Tetapi jika bukan, kami berharap agar boleh bebas daripada penjajahan tuan."
Usai Perang Khaibar, Rasulullah pun bertolak pulang ke Madinah bersama-sama rombongan. Rasulullah singgah di suatu tempat bernama ash-Shahbaa, tidak jauh dari Khaibar. 3 hari di situ sambil diadakan kenduri ringas meraikan pernikahan baginda dengan Safiyah yang telah dilangsungkan beberapa hari sebelum itu.
"Tuan Abu Qasim, aku ada membawa hadiah untuk tuan," sapa seorang wanita kepada Rasulullah.
Rasulullah menerima pemberian itu dengan senang hati. Daging kambing panggang, makanan kegemaran Baginda. Namun kebetulan baginda sedang sibuk dengan beberapa urusan, hadiah itu tidak segera dijamah sehingga selesai segala urusan yang penting.
Rasulullah ditemani 3 orang sahabat menghadap hidangan lazat itu. Rasulullah memotong daging bahagian kaki depan yang amat digemarinya, lalu menggigitnya. Tetapi tiba-tiba sahaja baginda melepaskan semula gigitan dan meletakkan daging itu.
"Letak semula daging itu, ia beracun!" ucap Rasulullah dengan tegas. Tetapi seorang sahabat bernama Bisyar bin al-Barra' telah lebih dahulu mengunyah dan menelannya, tidak sempat Rasulullah menahan.
Rasulullah segera berbekam sebagai ikhtiar mengeluarkan bisa racun yang sempat meresap ke dalam salur darahnya. Diperintahkan 3 sahabat yang terlibat dalam insiden berkenaan juga melakukannya. Namun nyata racun yang digunakan terlalu keras kesannya. Sedikit berbekas juga kepada baginda. Mujur Safiyah tidak turut menjamah hidangan beracun itu.
Menurut setengah riwayat, sewaktu Rasulullah hampir wafat, baginda memberitahui isterinya bahawa tubuhnya masih terasa sakit kesan daripada racun yang pernah menyentuh lidah dan bibirnya. 
Meskipun baginda terselamat, seorang sahabat sedang bertarung dengan maut kesan pengaruh racun yang sudah masuk ke perutnya. Keluhuran pekerti Rasul yang sanggup memaafkan Zainab membuka hati Zainab untuk menerima petunjuk Allah.
Dia memeluk Islam selepas itu. Namun Zainab tidak berpeluang hidup lama sebagai seorang Muslimah. Dia menjalani hukuman qisas setelah sengsara Bisyr berakhir dengan kematian. Sebabnya ahli keluarga Bisyr tidak mahu memaafkan Zainab sebaliknya menuntut ganti nyawa di atas kematian Bisyr. Zainab lebih rela menebus kesalahannya di dunia lagi agar bebas daripada perbincaraan panjang di akhirat.

Oleh itu, usahlah takut dan malu untuk berbekam kerana ia merupakan aktiviti sihat dan turut merupakan amalan Rasulullah s.a.w.

Semua penyakit boleh dibekamkan
Semua penyakit boleh dibekamkan

Untuk temujanji berbekam di Gombak, jemput hubungi kami di 011-2551 3105

21 comments:

  1. Memang bagus amalan berbekam ni :)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak bekam tapi takut mcm mana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hilangkan takut dulu, tapi memang serius tak sakit sangat pun

      Delete
  3. yalahkan sesiapa yang berani untuk melakukan rawatan bekam dapat dua manfaat...kesihatan dan pahala

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba berbekam ni Anah....

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba berbekam ni Anah....

    ReplyDelete
  6. akak..ciktom dah dua kali berbekam..mmg best...nanti ada masa ciktom nak share pengalaman berbekam dalam blog..hehe

    ReplyDelete
  7. pernah berbekam. rasa la jugak leganya tu. tapi tula lebam dia dekat dua minggu jugak baru surut hihihi

    ReplyDelete
  8. belum pernah bekam... tapi memang bagus buang darah kotor...

    ReplyDelete
  9. takutlaaa nak cuba.. ceq ni penakot =P

    ReplyDelete
  10. Takut nak bekam.Geli tengok daran setompok macam tu sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Memang bagus berbekam ni.. Kat sini buat untuk wanita sahaja kan?

    ReplyDelete
  12. Dalam sunnah pasti ada kejayaan, apatah lagi jika melibatkan perihal kesihatan ni... thanks sharing ye.

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik