Saya tahu sebab ada pelanggan saya mengakui. Beliau sekadar cuci muka macam ambil wuduk, dan menyebabkan wajahnya jadi kasar dan penuh juga dengan blackhead dan whitehead. Selepas berfacial dengan kami, beliau terus membeli produk yang kami gunakan.
Untuk posting kali ini, saya ingin kongsikan berkenaan bagaimana cara mencuci muka dengan betul.
Cara Cuci Muka Dengan Betul
Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai
Banyak sangat pencuci muka yang sesuai di pasaran. Anda harus tahu memilih berdasarkan kepada:
- Jenis kulit muka anda
- Bahan yang terkandung dalam pencuci muka
- Syarikat pengeluar pencuci muka
Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda |
Ini disebabkan, sekiranya salah pilih, kulit muka anda akan menjadi mangsa. Terlalu banyak produk OEM di pasaran menyebabkan sukar untuk memilih. Tetapi bagi kami sendiri, kami menggunakan produk yang terbukti selamat dan berkesan pula itu.
Skrub Muka 2 kali seminggu
Skrub diperlukan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Jika kulit anda sensitif, pilihlah skrub yang tidak kasar untuk mengelakkan kulit anda lebih teruk.
Menggunakan air dengan suhu sederhana
Mencuci muka dengan suhu yang sederhana dapat mengelakkan kulit daripada iritasi atau stimulasi berlebihan. Justeru elakkan penggunaan air dengan suhu keterlaluan (panas atau sejuk).
Menggunakan Makeup Removal Terlebih Dahulu
Walaupun anda tidak menggunakan make up atau alat solek, penggunakan make up removal dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan boleh juga digunakan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead.
Fokus Kepada T Zone
Ramai yang tahu T Zone adalah tempat paling banyak atau berpotensi untuk berjerawat dan tempat paling berminyak. T Zone adalah hidung, dahi dan dagu.
Teknik urutan yang betul boleh membantu wajah lebih tegang |
Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan
Semasa mencuci muka, elakkan melukakan atau menyebabkan iritasi kepada kulit muka. Urutkan muka secara membulat dari bawah membawa ke atas. Elakkan dari atas ke bawah. Dengan cara ini dapat melancarkan perjalanan darah di kawasan muka.
Elakkan mengeringkan kulit dengan serta merta
Sebolehnya biarkan kulit mengering dengan sendirinya agar kulit muka dapat menyerap semua kebaikan daripada bahan pencuci tadi.
Gunakan masker
Gunakan masker seminggu sekali sekurang-kurangnya. Peranan masker adalah untuk memberikan kelembapan kepada kulit muka. Sebaik-baiknya pilihlah masker yang mempunyai protein, kolagen, vitamin C dan vitamin E.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Untuk temujanji facial dan spa bergerak Gombak, sila hubungi kami
Raihanah 0122195919
GOOD ENTRY . TQ share
ReplyDeletethanks singgah u
DeleteKalau nak cepat memanglah main cuci sembarangan aje. Janji cuci. Sebab itulah lagi best kalau pergi buat facial. Seronok aje muka kena 'cuci'.
ReplyDeleteKalau banyak masa tu memang seronok juga dapat membelai muka hari-hari. Best alahai...
bestkan MD, sekarangnya orang facial kat rumah je u
Deletesayalah orang paling malas nak cuci muka
ReplyDeletejom contact saya, buat facial sekali
Deletepenjagaan muka yang rapi akan memastikan muka kita sentiasa cantik dan berseri-seri
ReplyDeletebetul tu tuan
Deletesaya pun dah biasa cuci muka asal sapu je ... blh follow cara ni nanti ...
ReplyDeletebest kot cuci muka. rasa fresh je haha
ReplyDeletesaya cuci muka sehari 5x :)
ReplyDeleteDownload film gratis
Download film online
Cari poker aman dan terpercaya ? Buruan gabung bersama Menteripoker agen poker dan domino terbaik dan terpercaya.
ReplyDeleteMinimal deposit hanya Rp 15.000 saja dan disupport 10 bank ternama di Indonesia.
Bonus turnover 0,5% dibagikan setiap hari kamis.
Bonus mingguan berupa Sepeda motor yamaha, Handphone, Uang tunai, Chip, Notepad.
Info lebih lanjut CS 24/7 ( BBM : D60CE855 ) ( LINE:menteripoker )