Wednesday 20 January 2016

Cara Cuci Muka Dengan Betul

Percaya tidak kalau saya kata ada sahaja yang tidak mengambil peduli tentang penjagaan kulit. Biasa kita dengar kaum lelaki cukup malas hendak menjaga penampilan, tetapi ini wanita pun ada.

Saya tahu sebab ada pelanggan saya mengakui. Beliau sekadar cuci muka macam ambil wuduk, dan menyebabkan wajahnya jadi kasar dan penuh juga dengan blackhead dan whitehead. Selepas berfacial dengan kami, beliau terus membeli produk yang kami gunakan. 

Untuk posting kali ini, saya ingin kongsikan berkenaan bagaimana cara mencuci muka dengan betul. 

Cara Cuci Muka Dengan Betul

Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai


Banyak sangat pencuci muka yang sesuai di pasaran. Anda harus tahu memilih berdasarkan kepada:

  • Jenis kulit muka anda
  • Bahan yang terkandung dalam pencuci muka
  • Syarikat pengeluar pencuci muka

Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda
Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda

Ini disebabkan, sekiranya salah pilih, kulit muka anda akan menjadi mangsa. Terlalu banyak produk OEM di pasaran menyebabkan sukar untuk memilih. Tetapi bagi kami sendiri, kami menggunakan produk yang terbukti selamat dan berkesan pula itu.

Skrub Muka 2 kali seminggu


Skrub diperlukan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Jika kulit anda sensitif, pilihlah skrub yang tidak kasar untuk mengelakkan kulit anda lebih teruk.

Menggunakan air dengan suhu sederhana


Mencuci muka dengan suhu yang sederhana dapat mengelakkan kulit daripada iritasi atau stimulasi berlebihan. Justeru elakkan penggunaan air dengan suhu keterlaluan (panas atau sejuk).

Menggunakan Makeup Removal Terlebih Dahulu


Walaupun anda tidak menggunakan make up atau alat solek, penggunakan make up removal dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan boleh juga digunakan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead.


Fokus Kepada T Zone


Ramai yang tahu T Zone adalah tempat paling banyak atau berpotensi untuk berjerawat dan tempat paling berminyak. T Zone adalah hidung, dahi dan dagu.

Teknik urutan yang betul boleh membantu wajah lebih tegang
Teknik urutan yang betul boleh membantu wajah lebih tegang

Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan


Semasa mencuci muka, elakkan melukakan atau menyebabkan iritasi kepada kulit muka. Urutkan muka secara membulat dari bawah membawa ke atas. Elakkan dari atas ke bawah. Dengan cara ini dapat melancarkan perjalanan darah di kawasan muka.

Elakkan mengeringkan kulit dengan serta merta


Sebolehnya biarkan kulit mengering dengan sendirinya agar kulit muka dapat menyerap semua kebaikan daripada bahan pencuci tadi.

Gunakan masker


Gunakan masker seminggu sekali sekurang-kurangnya. Peranan masker adalah untuk memberikan kelembapan kepada kulit muka. Sebaik-baiknya pilihlah masker yang mempunyai protein, kolagen, vitamin C dan vitamin E.



Semoga bermanfaat kepada semua.

Untuk temujanji facial dan spa bergerak Gombak, sila hubungi kami

Raihanah 0122195919

12 comments:

  1. Kalau nak cepat memanglah main cuci sembarangan aje. Janji cuci. Sebab itulah lagi best kalau pergi buat facial. Seronok aje muka kena 'cuci'.

    Kalau banyak masa tu memang seronok juga dapat membelai muka hari-hari. Best alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan MD, sekarangnya orang facial kat rumah je u

      Delete
  2. sayalah orang paling malas nak cuci muka

    ReplyDelete
  3. penjagaan muka yang rapi akan memastikan muka kita sentiasa cantik dan berseri-seri

    ReplyDelete
  4. saya pun dah biasa cuci muka asal sapu je ... blh follow cara ni nanti ...

    ReplyDelete
  5. best kot cuci muka. rasa fresh je haha

    ReplyDelete
  6. Cari poker aman dan terpercaya ? Buruan gabung bersama Menteripoker agen poker dan domino terbaik dan terpercaya.
    Minimal deposit hanya Rp 15.000 saja dan disupport 10 bank ternama di Indonesia.
    Bonus turnover 0,5% dibagikan setiap hari kamis.
    Bonus mingguan berupa Sepeda motor yamaha, Handphone, Uang tunai, Chip, Notepad.
    Info lebih lanjut CS 24/7 ( BBM : D60CE855 ) ( LINE:menteripoker )

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik