Wednesday, 20 January 2016

Cara Cuci Muka Dengan Betul

Percaya tidak kalau saya kata ada sahaja yang tidak mengambil peduli tentang penjagaan kulit. Biasa kita dengar kaum lelaki cukup malas hendak menjaga penampilan, tetapi ini wanita pun ada.

Saya tahu sebab ada pelanggan saya mengakui. Beliau sekadar cuci muka macam ambil wuduk, dan menyebabkan wajahnya jadi kasar dan penuh juga dengan blackhead dan whitehead. Selepas berfacial dengan kami, beliau terus membeli produk yang kami gunakan. 

Untuk posting kali ini, saya ingin kongsikan berkenaan bagaimana cara mencuci muka dengan betul. 

Cara Cuci Muka Dengan Betul

Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai


Banyak sangat pencuci muka yang sesuai di pasaran. Anda harus tahu memilih berdasarkan kepada:

  • Jenis kulit muka anda
  • Bahan yang terkandung dalam pencuci muka
  • Syarikat pengeluar pencuci muka

Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda
Pilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda

Ini disebabkan, sekiranya salah pilih, kulit muka anda akan menjadi mangsa. Terlalu banyak produk OEM di pasaran menyebabkan sukar untuk memilih. Tetapi bagi kami sendiri, kami menggunakan produk yang terbukti selamat dan berkesan pula itu.

Skrub Muka 2 kali seminggu


Skrub diperlukan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Jika kulit anda sensitif, pilihlah skrub yang tidak kasar untuk mengelakkan kulit anda lebih teruk.

Menggunakan air dengan suhu sederhana


Mencuci muka dengan suhu yang sederhana dapat mengelakkan kulit daripada iritasi atau stimulasi berlebihan. Justeru elakkan penggunaan air dengan suhu keterlaluan (panas atau sejuk).

Menggunakan Makeup Removal Terlebih Dahulu


Walaupun anda tidak menggunakan make up atau alat solek, penggunakan make up removal dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan boleh juga digunakan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead.


Fokus Kepada T Zone


Ramai yang tahu T Zone adalah tempat paling banyak atau berpotensi untuk berjerawat dan tempat paling berminyak. T Zone adalah hidung, dahi dan dagu.

Teknik urutan yang betul boleh membantu wajah lebih tegang
Teknik urutan yang betul boleh membantu wajah lebih tegang

Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan


Semasa mencuci muka, elakkan melukakan atau menyebabkan iritasi kepada kulit muka. Urutkan muka secara membulat dari bawah membawa ke atas. Elakkan dari atas ke bawah. Dengan cara ini dapat melancarkan perjalanan darah di kawasan muka.

Elakkan mengeringkan kulit dengan serta merta


Sebolehnya biarkan kulit mengering dengan sendirinya agar kulit muka dapat menyerap semua kebaikan daripada bahan pencuci tadi.

Gunakan masker


Gunakan masker seminggu sekali sekurang-kurangnya. Peranan masker adalah untuk memberikan kelembapan kepada kulit muka. Sebaik-baiknya pilihlah masker yang mempunyai protein, kolagen, vitamin C dan vitamin E.



Semoga bermanfaat kepada semua.

Untuk temujanji facial dan spa bergerak Gombak, sila hubungi kami

Raihanah 0122195919
Continue Reading…

Tuesday, 19 January 2016

Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger

Melakukan dua kerja adalah hasil cadangan Timbalan Menteri, YB Ahmad Maslan baru-baru ini. Biasalah pandangan ini menerima pelbagai reaksi bercampur-campur daripada rakyat. Ada yang tidak menerima. Tetapi ramai juga sebenarnya bersetuju. Hakikatnya ramai rakyat telah pun mengamalkan budaya dua kerja sejak bertahun-tahun.

Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger

Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger


Segmen ini adalah anjuran blogger pokok2u dan tarikh akhir posting adalah pada 31 Januari 2016. Pelbagai hadiah menarik disediakan, selain membuat entri baru, boleh juga saya kongsikan kepada anda apakah kami di myBekam SPA Gombak lakukan.

Saya selama ini masih bekerja di sebuah syarikat IT di Subang Jaya. Alhamdulillah kerja hakiki tidak terjejas langsung. 

Kerja Kedua di MyBekam SPA Gombak


Kami di myBekam SPA Gombak menyediakan perkhidmatan berikut kepada anda yang berminat


Perkhidmatan Facial dan SPA Bergerak di Gombak



Perkhidmatan ini ditawarkan khusus untuk wanita. SPA Bergerak itu maksudnya kami boleh ke lokasi anda, kalau di luar Gombak kami akan caj RM10 untuk duit minyak dan tol, bergantung kepada lokasi. 

Antara pakej facial yang kami sediakan adalah:

  • Pakej Basic - RM39 (cucian muka, scrub dan masker sahaja)
  • Pakej Penuh - RM59 (urutan wajah, cucian, masker, stim, buang blackhead/whitehead, makeup removal, whitening dan toner)
  • Tambahan sebanyak RM10 untuk rawatan anti jeragat.

Setakat in alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, walaupun hanya bergerak ke lokasi pelanggan, peralatan yang kami bawa tetap profesional.

Perkhidmatan Bekam Klinikal


Perkhidmatan bekam ini ditawarkan kepada kaum lelaki. Setakat ini perkhidmatan dilakukan di premis kami di Gombak. 

Minima cupping adalah sebanyak 7 cup dengan bayaran RM10 / cup. Selain daripada keistimewaan kami dari aspek prosedur klinikal, kami juga menawarkan vitamin percuma untuk digunakan oleh anda dalam tempoh 5 hari.

Peluang Menjana Pendapatan Sampingan


Sebenarnya apa yang kami lakukan, anda juga boleh lakukan. Kedua-dua perkhidmatan kami lakukan di luar waktu kerja (samada malam atau hujung minggu) dengan temujanji hendaklah dipersetujui kedua-dua pihak.

Kami juga membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai tim kami di D'Haizsa Wellness. Pakej kami termasuk:

  • Peralatan asas memulakan perniagaan
  • Kursus percuma
  • Panduan / coaching insyaALlah berpanjangan
  • Support group online (melalui wasap / telegram, facebook).

Harga pula memang berpatutan, kerana kami faham bukan senang hendak cari duit. Jadi modal yang kami tawarkan juga sangat berpatutan dan mampu milik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sebarang temujanji boleh hubungi 
Raihanah 0122195919


Continue Reading…

Monday, 18 January 2016

MyBekam Klinikal kini di Gombak

Bagi anda yang berada di sekitar Gombak, bolehlah hubungi kami di nombor tertera di bawah.

Dari blog saya mengenai suplemen, ada saya telah kemaskini berkenaan kebaikan berbekam sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w.

MyBekam Kinikal Gombak


Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina mahupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan.

Semua kaedah sememangnya memberikan kesan kelegaan dan penyembuhan untuk pelbagai penyakit. Dalam siaran History Channel beberapa tahun lalu, tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.

Apakah Bekam Klinikal

Bekam Klinikal adalah tatacara berdasarkan kajian, pengamatan, pengalaman dan rujukan kepada sunnah Nabi s.a.w dan Al-Quran. Bekam Kliniikal dipelopori oleh USM Kubang Kerian melalui kumpulan doktor pakar.

Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM
Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM

Apa Beza Bekam Tradisional dengan Bekam Klinikal

Ya memang ada bezanya. Bekam Klinikal kami menjalankan proses bekam seperti prosedur doktor merawat pesakit. Maknanya kami menggunakan peralatan perubatan dan menjalankan proses sterilized dengan betul.
Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih
Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih
Antara peralatan yang kami gunakan:
  • Ubat steril
  • Alkohol
  • Iodin
  • Peralatan bekam (cupping dll)
  • Kapas
Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan
Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan
Standard peralatan perawatan, hygine dan bersih, terkawal dari penyakit berjangkit insyaALLAH. Penggunaan peralatan di atas adalah antara prosedur standard hospital semasa yang insyaAllah mencegah kuman dan penyakit pada peralatan bekam.

Mengapa Perlu Berbekam

Bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w justeru ia merupakan sunnah yang sebaiknya kita ikuti. Namun begitu bekam mempunyai manfaat yang banyak dari segi perubatan dan kesihatan.

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. 

Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Siapa Tidak Boleh Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka yang tidak boleh berbekam adalah:
Mempunyai masalah tekanan darah rendah
  • Pesakit kudis
  • Ibu mengandung
  • Wanita ketika haid
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius
  • Mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar atau sangat kenyang
  • Pesakit kanser darah
  • Pesakit penyakit berjangkit seperti denggi, kusta, malaria, demam campak dll.
  • Wanita yang selalu keguguran
  • Orang tua yang uzur
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah
  • Mata
  • Telinga
  • Hidung
  • Mulut
  • Alat kelamin
  • Dubur

Bekam Klinikal Kini Di D'Haizsa Wellness Gombak

Buat masa ini kami hanya beroperasi di premis kami di Gombak, justeru bagi anda yang berminat untuk berbekam boleh hadir ke premis kami. Hubungi kami untuk alamat ya.
Satu lagi ialah, bekam ini hanya untuk lelaki sahaja buat masa ini, sebab juru bekam adalah lelaki, suami saya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sebarang temujanji boleh hubungi 
+60 11-2551 3105

Continue Reading…

Friday, 15 January 2016

Testimoni Pengguna Facial dan Spa Bergerak Gombak

Testimoni Pengguna Facial dan Spa Bergerak Gombak | Alhamdulillah selepas 2 bulan walaupun bergerak secara perlahan, pihak kami telah mendapat sambutan menggalakkan.

Hasil maklumbalas selepas setiap sesi juga sangat menggalakkan, siapa tidak sukakan kulit terus jadi licin flawless gitu.


Stim wajah sedang dijalankan
Stim wajah sedang dijalankan
 
Antara maklumbalas terhadap perkhidmatan facial dan spa bergerak yang kami terima




 Perkhidmatan facial dan spa bergerak yang kami terima


Antara maklumbalas terhadap perkhidmatan facial dan spa bergerak yang kami terima.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Hubungi kami untuk temujanji:

D'Haizsa WellnessRaihanah 0122195919

Continue Reading…

Thursday, 14 January 2016

Facial Di Rumah dan Spa Bergerak Gombak dalam Sinar Harian

Alhamdulillah beberapa bulan lepas kami telah mendapat kunjungan daripada akhbar Sinar Harian untuk mewawancara berkenaan perkhidmatan yang kami sediakan.

Temujanji Dengan Sinar Harian


Selain kami berkongsi misi dan visi kami, sempatlah juga kami berkongsi kaedah perniagaan yang kami berikan.
Wartawan Fatiha ceria ketika menemuduga kami
Wartawan Fatiha ceria ketika menemuduga kami

Rata-rata perkhidmatan memulakan bisnes SPA termasuk kursus rata-rata adalah RM2500 ke atas, tetapi dengan kami insyaAllah tidak setinggi itu diperlukan.

Ini adalah kerana kami ingin melahirkan lebih ramai wanita menceburi bisnes SPA dari rumah yang dapat sekaligus memenuhi tuntutan keluarga sambil menjana pendapatan.

 Facial di rumah dan spa bergerak gombak dalam Sinar Harian
Facial di rumah dan spa bergerak gombak dalam Sinar Harian
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Hubungi kami untuk temujanji
Raihanah 0122195919


Continue Reading…