Monday 1 February 2016

Kepentingan Facial Wajah

Pernah tak anda ke salon kecantikan? Kalau ya, mesti anda sangat tahu berkenaan facial. Anda tentu ingin tahu apakah yang anda akan dapati dengan setiap terapi facial yang anda lakukan.

Kepentingan Facial Wajah


1. Mengetahui Jenis Kulit

Sebelum melakukan facial, beautician akan meneliti jenis kulit anda. Apakah kulit anda jenis kulit kering, kulit normal atau kulit berminyak. Setelah tahu jenis kulitnya seorang beautician akan memberi tahu masalah-masalah yang sering dialami oleh kulit anda. Selepas itu barulah beautician melakukan rawatan facial. 
Sesekali melakukan facial memberikan manfaat kepada anda
Sesekali melakukan facial memberikan manfaat kepada anda

Bahan kecantikan yang digunakan untuk facial juga disesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit anda. Jadi, anda tak perlu takut jika facial akan merosakkan wajah anda. Dengan mengetahui jenis kulit anda, anda akan lebih mudah apabila membeli bahan kecantikan. Selain itu anda juga boleh mengetahui jenis makanan yang sesuai untuk kulit anda.

2. Pembersihan Kulit Wajah secara Menyeluruh

Setiap hari pastilah kulit kita terdedah kepada pencemaran. Namun tahukah anda? Walaupun kulit anda sudah dibersihkan di rumah, ada kotoran kecil yang tidak boleh dicapai oleh pembersihan anda. Dengan facial, proses pembersihan wajah anda boleh lebih maksimum. 

Antara proses pembersihan yang dijalankan adalah:


  1. Make up removal adalah untuk membersihkan kulit daripada kekotoran atau make up yang dipakai.
  2. Cleansing adalah untuk menanggalkan sel mati pada kulit muka di samping membuka pori-pori anda. 
  3. Scrub. Proses scrub dibuat untuk menanggalkan sel mati dengan lebih berkesan
  4. Membuang blackhead dan whitehead. Ini adalah proses yang sukar jika anda buat sendiri tanpa kemahiran tersendiri. Juga boleh menyakitkan sekiranya tidak dibuat dengan betul.

3. Massage

Selain untuk membersihkan wajah, beautician biasanya turut akan mengurut wajah anda. Urut ini berfungsi untuk melancarkan peredaran aliran darah anda dan berfungsi untuk memberikan ketenangan diri anda. 
Massage yang betul membantu melancarkan peredaran darah anda
Massage yang betul membantu melancarkan peredaran darah anda
Urutan ini juga dapat mengetatkan otot-otot wajah sehingga membuat anda tampak lebih muda. Aroma aromatherapi juga membuat anda lebih merasa santai dan rileks. Dengan begitu beban stress yang terkumpul pun boleh hilang.

4. Ketenangan

Ketenangan adalah tujuan utama dari facial. Dengan facial, otot-otot wajah anda yang tegang boleh ditenangkan. Facial juga boleh menyejukkan kulit anda semasa cuaca panas seperti kebelakangan ini. 

5. Membuat Percaya Diri

Selain untuk merawat wajah, facial juga boleh membuat anda percaya diri. Dengan facial rasa letih dan stress anda yang menggunung tinggi boleh hilang. Facial juga boleh menarik kulit anda yang kendur sehingga kulit menjadi tegang semula. Jika kulit tegang kembali anda boleh kelihatan lebih muda dan lebih percaya diri.

Tidak ada salahnya anda melakukan facial sekurang-kurangnya sebulan sekali. Facial sangat membantu sekali untuk anda yang suka memanjakan diri. Jadi, sekarang anda sudah tahu bukan manfaatnya? Memanjakan diri bukan hanya dengan shopping dan pelesir ke luar negeri. Dengan facial, anda boleh memanjakan diri dengan cara sederhana dan hasilnya tak kalah memuaskan.

Jemput hubungi kami untuk temujanji facial anda sekarang.

Raihanah 0122195919

22 comments:

  1. Facial bukan saja dapat merawat wajah, tapi menjadi satu terapi juga.

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa entah dah berapa tahun kakak tak pernah pergi lagi facial
    Buat sendiri pun bukan betul-betul Hana
    Nak urut-urut memang tak adalah hihi...
    Tengok memang suka tapi entahlah kakak ni dah malas bila dah tua ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin gak nak pergi buat facial tapi segan...

      Delete
  3. saya guna pencuci muka sahaja..dan belum ada plan pulak untuk buat kat saloon

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah juga buat rawatan facial ni, tapi bila bekerja dulu la,sebab kosnya agak mahal juga

    ReplyDelete
  5. saya paling malas nak cuci muka....hehehe

    ReplyDelete
  6. lama tak buat facial...selalu takde masa je...huhu...

    ReplyDelete
  7. sekarang ni dah malas nak berfacial. paling rajin scrub jer sesekali..

    ReplyDelete
  8. Mummy selalu gak pi facial zaman muda remaja.. la ni tak dan nak pi dah, kalot dok ligan anak ja.. ahhahaha :P

    ReplyDelete
  9. saya x pernag buat facial . saya cuci muka di rumah saja ...

    ReplyDelete
  10. buat scrub sebulan sekali..cuci muka tak tentu pula huaa

    ReplyDelete
  11. Saya hari akan cuci muka sebab ke tempat kerja mengunakan motorsikal. Terdedah dengan habuk ada asap kenderaan.

    ReplyDelete
  12. kepentingan common ialah untuk kebersihan diri. walau muka xhensem tp jgn pengotor

    ReplyDelete
  13. dah lama tak facial muka. rasanya last masa kawen dulu kot. punya lah lama huuu

    ReplyDelete
  14. saya teringin nak gi spa buat facial kak, tapi saya nih penakut + penggeli orangnya kak, tak sanggup saya orang belek2 muka saya, kang ada jugak kena tendang free2 je hahahahah

    ReplyDelete
  15. Wow, Raihanah blh buat facial juga ya....hebat! :D Saya setahun skali ja pi facial di luar, slalu buat sendiri di rmh. Tapi bab blackhead/whitehead mmg better profesional urus sbb yg tu mmg susah nak totally remove kalau buat sendiri.

    ReplyDelete
  16. Lama dah saya tak buat facial... maklumlah muka mcm jalan tak rata hehee.

    Hilang stress klu lepas buat facial ni... seronok juga... :)

    ReplyDelete
  17. Ini orang lelaki pun kena bersih wajah agar kelihatan tampan dan berseri-seri.

    ReplyDelete
  18. dah lama saya tidak berfacial muka....tgk ok je kulit muka saya so malas nak facial. lg satu x de masa nak gi

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik