![]() |
Cara Mudah Hilangkan Blackhead dan Whitehead |
Bagi kebanyakan wanita, mesti naik menyampah kalau ternampak blackhead dan whitehead mendiami hidung atau bahagian-bahagian tertentu di wajah anda. Kulit yang mengandungi blackhead dan whitehead ini terasa seperti berpasir, memang berbeza kalau setiap kali ia dapat dikeluarkan sebaik selepas kita berfacial.
Sudah pasti, anda tercari-cari cara terbaik untuk menghilangkan blackhead dan whitehead. Facial disarankan sebulan sekali, manakala membuang blackhead dan whitehead dicadangkan seminggu sekali. JAdi sebaiknya anda mengetahui sendiri cara terbaik untuk membuangnya sendiri.
Apakah Blackhead
Blackhead adalah nama perubatan bagi Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar sebaceous. Apabila kelenjar ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindak balas ini menyebabkan warna lebihan daripada minyak tersebut bertukar menjadi hitam. Sebab itulah kita hanya melihat bahagian atas sahaja berwarna hitam.![]() |
Blackhead selalunya mendiami hidung, sekitar mulut dan dagu |
Apakah Whitehead
Whitehead pula adalah disebut sebagai closed comedo. Ia merupakan jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang telah mati. Whitehead ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit dimana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut. Inilah sebab mengapa ia juga dikenali sebagai closed comedo.![]() |
Whitehad di dagu |
Kaedah 1: Menggunakan Telur
Bagi anda yang tidak kisah menggunakan telur, telur juga merupakan satu alternatif baik untuk membuang blackhead dan whitehead.
![]() |
Tekap kapas yang direndam dengan telur putih pada kulit muka |
Bahan yang anda perlukan: kapas muka dan telur
Caranya:
- Ambil sebiji telur dan asingkan putih dan kuning telur
- Pukul putih telur hingga kembang
- Bersihkan wajah dengan pencuci muka atau air suam terlebih dahulu supaya liang pori terbuka
- Ratakan kapas muka dengan putih telur
- Tekap atau tampal kapas (yang telah diratakan dengan putih telur) pada kulit wajah dan biarkan kapas mengering sendiri
- Tanggal kapas muka dan lihatlah hasilnya.
- Cuci muka dengan air suam atau pencuci muka
Kaedah 2: Stim wajah
Biasa kalau kita ke spa, mereka akan stim muka kita kemudian barulah dibuangkan whitehead dan blackhead kan. Ok cara ini kita boleh buat di rumah sebenarnya.
![]() |
Kaedah stim wajah lebih berkesan menghilangkan blackhead dan whitehead |
Pastikan anda ada alat ini: periuk nasi elektrik dan alat membuang blackhead dan whitehead
![]() |
Alat untuk membuang blackhead dan whitehead |
- Cuci wajah dengan pencuci muka.
- Panaskan dan didihkan air di dalam periuk nasi elektrik
- Apabila sudah panas, letakkan wajah anda di atas periuk nasi, agar kena dengan wap yang dikeluarkan periuk nasi itu
- Tudung kepala anda dengan tuala agar wap akan memenuhi wajah anda
- Wapkan selama 10-15 minit
- Selepas diwapkan muka, bolehlah dibuang blackhead dan whitehead menggunakan alat yang ada
Kaedah ini agak menyakitkan tetapi sangat berkesan, buat dengan perlahan ya. Sebaiknya selepas membuat kaedah ini, anda pakailah masker pula.
Peranan masker adalah untuk menutup pori yang besar dan mengurangkan ketegangan kulit selepas dibuat teknik blackhead dan whitehead tadi.
Tips mengurangkan blackhead dan whitehead
Untuk mengurangkan blackhead dan whitehead, cubalah cara di bawah:
- Cuci muka sekurang-kuranga 2 kali sehari.
- Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
- Makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- Lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
- Kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Untuk temujanji facial dan spa bergerak terutama di Gombak, hubungi kami di nombor tertera:
Raihanah 0122195919
Terbaik laa cara ini. guna telur pon bleh heh...nanti nak try aa... :)
ReplyDeletehaa cuba ya
Deleteakak selalu guna cara putih telur ngn tisu tuh... suke time dh kering tuh... bila kita tarik tuh mmg banyak whitehead n blackhead lah.... pastu kulit pun rasa lembut je cuma yg tak tahan bau hanyir tu la
ReplyDeletesaya belum pernah cuba. nanti rasa macam nak cuba jugalah, kena tahanlah bau hanyir tu
Deletecara pun senang dan mudah. CUma kena ambil masa yang sesuai je nak buat. hehe
ReplyDeletebuat time anak2 tidur
DeleteBaguslah tips ni. Senang je kan sebenarnya nak rawat kulit muka di rumah :)
ReplyDeletesenang je, yang penting kena rajin
DeleteMesti leka kan kalau mengerjakan black head ni, geram tengok dia keluar dpd dlm kulit
ReplyDeletememang syok je tengok dia keluar
Deletecik tom selalu guna yg no 1 putih telur dan tisu..mmg praktikal dan best..cuma 1 je..x tahan bau hanyir telur..hehe
ReplyDeleteoo ramai guna cara tu. nanti saya pun nak cubalah
DeleteThanks for the tips. Stim wajah tu..kalau sendiri buat..memang tak buat lah jawabnya..hihi
ReplyDeletetips2 ni iols sukaaa ahaha.. terbaik.. tapi yang pakai tool tu sakit !!
ReplyDeletexmolaaa guna.. telur la paling senang =)
teringin juga nak cuba...cuma terfikir balik..kalau muka dah licin sangat macam perempuan jadi lain pulak nanti
ReplyDeletesuami banyak blackhead. saya banyak whitehead. tapi lagi suka picit2 kat muka suami bagi blackhead keluar sebab lagi senang. tapi habis berlubang muka kawan hahahaha
ReplyDeletebagus sekali tips ini, saya juga banyak sekali blackhead
ReplyDeletebagus sekali tips ini, saya juga banyak sekali blackhead
ReplyDeleteAgen Togel Terpercaya
ReplyDeletehalototo
Agen Poker Terpercaya
ReplyDeleteRiaqq