Friday 22 January 2016

Tips Pilih Pencuci Muka Yang Bagus

Apabila berkenaan pencuci muka, terdapat banyak pilihan contohnya krim, losyen, sabun, gel, lulur dan banyak lagi. Paling jelas tidak ada satu pun produk "semua dalam satu" yang boleh dipilih.


Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bagus
Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bagus

Pencuci muka boleh membantu anda dengan segala kemudaratan kepada muka, terutamanya oleh kekotoran, radikal bebas dan sel-sel mati, sekali gus memudahkan pembinaan sel-sel kulit baru. Jika anda memilih pencuci muka yang betul (atau kombinasi pembersih), wajah anda akan kembali dengan penampilan yang lebih muda dan sihat.

Tetapi bagaimana memilih pencuci muka yang bagus? Ayuh kita ketahui.


Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bagus

Ketahui jenis kulit muka anda

Dengan mengenali jenis kulit muka, anda dapat memilih produk pencuci muka yang sesuai dengan anda. Sekiranya pencuci muka yang salah digunakan, bukan sahaja memudaratkan kulit, malahan tidak dapat membantu kulit anda untuk tampil lebih sihat.


Kenalpasti jenis kulit muka anda
Kenalpasti jenis kulit muka anda



Pilih bahan organik dan semulajadi

Sesetengah bahan kimia yang biasa digunakan dalam pencuci muka boleh merengsakan kulit. Selalunya, ia adalah bahan kimia yang terlibat dalam wangian pembersih, seperti phthalates, yang dipercayai mempunyai kesan kesihatan yang negatif kepada manusia. 


Bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka di pasaran
Bahan yang terdapat dalam produk pencuci muka di pasaran

Selain itu, sangat penting untuk memilih produk semulajadi lebih-lebih lagi untuk menjaga alam sekitar kita. Ini sangat penting, terutama bagi anda yang memiliki kulit sensitif. Dari American Academy of Dermatology, seeloknya elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan berikut:


  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • DMDM hydantoin
  • Phenoxyethanol methylchroloisothiazolinone
  • Formalydehyde

Pilih pencuci muka berbuih banyak dan halus

Jika berbuih sedikit, anda perlu menggosok kuat-kuat untuk mencuci, ini boleh menyakiti atau melukakan kulit muka anda. Menurut pakar daripada Jepun, kotoran pada kulit muka boleh dihilangkan menggunakan pencuci muka berbuih banyak dan halus. Selain selamat untuk muka, buih halus dapat masuk ke dalam liang roma dan membersihkan kulit dengan lebih berkesan.


Pencuci muka berbuih banyak dan halus lebih baik untuk kulit anda
Pencuci muka berbuih banyak dan halus lebih baik untuk kulit anda


Pilih pencuci muka mempunyai pH yang lebih kurang sama dengan pH kulit kita (sekitar 5.5pH)

Pencuci muka haruslah sedikit berasid iaitu sekitar 5.5pH, ini kerana jika pencuci muka bersifat beralkali, ia akan merengsakan kulit.


Paras pH bagi sesetengah produk pencuci muka
Paras pH bagi sesetengah produk pencuci muka

Gunakan pencuci khusus untuk muka

Elakkan menggunakan sabun badan untuk mencuci muka anda.


Elakkan mencuci muka dengan sabun badan
Elakkan mencuci muka dengan sabun badan

Ketahui teknik dan cara terbaik untuk mencuci muka anda. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Untuk temujanji facial dan spa bergerak terutama di Gombak, hubungi kami di nombor tertera:

Raihanah 0122195919



8 comments:

  1. kulit muka saya jenis berminyak dan pencuci muka yang saya pakai ada yang berbiji-biji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jenis pencuci sesuai dak dengan kulit muka.

      Delete
  2. Kulit saya jenis kering. Silap pilih pencuci, boleh mengelupas jawabnya.
    About facial, area Bangi cover tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangi boleh, tapi i caj kos perjalanan RM15 actually. Nnati wasap ya kalau nak 0122195919.

      Delete
  3. Kulit saya jenis kering. Silap pilih pencuci, boleh mengelupas jawabnya.
    About facial, area Bangi cover tak?

    ReplyDelete
  4. Kulit muka saya dulu kombinasi tapi bila dah tua sikit ni, kurang dah minyaknya. Kusamnya yang lebih. Bagus juga tips macam ni. Boleh membantu pada yang tak pasti pencuci muka bagaimana yang sesuai untuk kulit muka sendiri.

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik