Thursday, 21 January 2016

Beza Bekam Tradisi Dan Bekam Klinikal

Ramai juga bertanya apakah beza di antara bekam tradisi dan bekam klinikal. Ok untuk jujurnya, saya tidak pernah buat bekam tradisi. Suami saya pernah juga. Saya punya la seriau dengan darah, memang tidak mahu buat pun.

Bagaimanapun jadi setuju untuk buat perkhidmatan bekam klinikal dijayakan oleh suami. Alhamdulillah setakat ini ramai yang memberikan maklumbalas baik dan menyukai bekam klinikal yang kami jalankan.

Ciri-ciri bekam klinikal


Menggunakan peralatan steril


Ciri paling utama bekam klinikal adalah penggunaan peralatan steril. Maknanya apa yang anda biasa lihat dalam prosedur doktor, itulah yang kami praktikkan. Dari aspek kebersihan hingga aspek peralatan, hampir kesemuanya adalah prosedur biasa yang anda lihat di klinik.
Peralatan berbekam diperlukan untuk disterilkan
Peralatan berbekam diperlukan untuk disterilkan


Ini disebabkan bekam klinikal merupakan perkhidmatan yang dipelopori oleh doktor-doktor pakar dari Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian. Asalnya daripada Prof Dr Aziz Al Safi, juga merupakan pakcik saya.


Ilmu Bekam Dari Doktor Pakar


Kursus bekam dianjurkan dan dikendalikan sendiri oleh Prof Dr Aziz Al Safi. InsyaAllah ilmu yang diturunkan kepada juru bekam memang ilmu yang terbaik dan boleh dilaksanakan dengan baik.
Buku sains bekam

Penggunaan Lancing Device 


Berbanding bekam tradisi yang menggunakan pisau gillete, bekam tradisi menggunakan lancing device. Alat ini bukan sahaja mengurangkan kesakitan, bahkan turut mengurangkan rasa seriau di kalangan pelanggan. 
Lancing Device digunakan untuk bekam klinikal
Lancing Device digunakan untuk bekam klinikal

Bekam tradisi menggunakan pisau gillette
Bekam tradisi menggunakan pisau gillette


Keselamatan 


Bekam klinikal menjalankan kaedah keselamatan sama seperti dipraktikkan di klinik. Kesemua alat pakai buang dan tidak dikongsi di samping pengendalian darah pelanggan yang tertib.

Itulah serba sedikit perkongsian kami berkaitan perbezaan bekam klinikal berbanding bekam tradisi. Saya juga ingin berkongsi berita baru-baru ini di dalam The Star berkenaan kebaikan berbekam untuk maklumat anda.

Kebaikan berbekam
Kebaikan berbekam


Untuk temujanji bekam, boleh hubungi kami di 011-2551 3105

13 comments:

  1. guna pisau tu memang seriau.. saya pun jenis takut darah memang tak la nak bekam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bekam klinikal memang berbeza prosedur nya sis

      Delete
  2. Sampai sekarang masih takot2x lagi nak berbekam. hahaha

    ReplyDelete
  3. suami saya pernah buat dua kali...org bekam datang rumah...ngeri pulak saya tengok...huhu..

    ReplyDelete
  4. anak2 pernah buat bekam klinikal ni tapi kak xberani cuba...

    ReplyDelete
  5. sehingga ke hari ini saya masih takut dengan rawatan bekam...mungkin takut darah kot.

    ReplyDelete
  6. Bekam klinikal tu agak terjamin kebersihannya kan?

    ReplyDelete
  7. saya sampai skrg x pernah try berbekam.....jarang perkhidmatan utk wanita kan..

    ReplyDelete
  8. Ingat nak cuba juga nanti ni...

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik