Monday, 18 January 2016

MyBekam Klinikal kini di Gombak

Bagi anda yang berada di sekitar Gombak, bolehlah hubungi kami di nombor tertera di bawah.

Dari blog saya mengenai suplemen, ada saya telah kemaskini berkenaan kebaikan berbekam sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w.

MyBekam Kinikal Gombak


Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina mahupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan.

Semua kaedah sememangnya memberikan kesan kelegaan dan penyembuhan untuk pelbagai penyakit. Dalam siaran History Channel beberapa tahun lalu, tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.

Apakah Bekam Klinikal

Bekam Klinikal adalah tatacara berdasarkan kajian, pengamatan, pengalaman dan rujukan kepada sunnah Nabi s.a.w dan Al-Quran. Bekam Kliniikal dipelopori oleh USM Kubang Kerian melalui kumpulan doktor pakar.

Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM
Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM

Apa Beza Bekam Tradisional dengan Bekam Klinikal

Ya memang ada bezanya. Bekam Klinikal kami menjalankan proses bekam seperti prosedur doktor merawat pesakit. Maknanya kami menggunakan peralatan perubatan dan menjalankan proses sterilized dengan betul.
Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih
Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih
Antara peralatan yang kami gunakan:
  • Ubat steril
  • Alkohol
  • Iodin
  • Peralatan bekam (cupping dll)
  • Kapas
Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan
Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan
Standard peralatan perawatan, hygine dan bersih, terkawal dari penyakit berjangkit insyaALLAH. Penggunaan peralatan di atas adalah antara prosedur standard hospital semasa yang insyaAllah mencegah kuman dan penyakit pada peralatan bekam.

Mengapa Perlu Berbekam

Bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w justeru ia merupakan sunnah yang sebaiknya kita ikuti. Namun begitu bekam mempunyai manfaat yang banyak dari segi perubatan dan kesihatan.

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. 

Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Siapa Tidak Boleh Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka yang tidak boleh berbekam adalah:
Mempunyai masalah tekanan darah rendah
  • Pesakit kudis
  • Ibu mengandung
  • Wanita ketika haid
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius
  • Mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar atau sangat kenyang
  • Pesakit kanser darah
  • Pesakit penyakit berjangkit seperti denggi, kusta, malaria, demam campak dll.
  • Wanita yang selalu keguguran
  • Orang tua yang uzur
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah
  • Mata
  • Telinga
  • Hidung
  • Mulut
  • Alat kelamin
  • Dubur

Bekam Klinikal Kini Di D'Haizsa Wellness Gombak

Buat masa ini kami hanya beroperasi di premis kami di Gombak, justeru bagi anda yang berminat untuk berbekam boleh hadir ke premis kami. Hubungi kami untuk alamat ya.
Satu lagi ialah, bekam ini hanya untuk lelaki sahaja buat masa ini, sebab juru bekam adalah lelaki, suami saya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sebarang temujanji boleh hubungi 
+60 11-2551 3105

14 comments:

  1. bagus bekam ni... tapi jauh la nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, tolong war-warkan pun cukup. thanks tuan

      Delete
  2. Tak pernah cuba lagi, bagus sunnah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cubalah, tak sakit sebab kita bekam klinikal, insyaAllah

      Delete
  3. XPPERNAH CUBA LAGI TAPI NMPK OK YG DH LAKUKANNYA.

    ReplyDelete
  4. saya setakat ni dah 2 kali berbekam. tapi masa bekam tu mesti saya pitam. saya takada apa-apa masalah kesihatan. Ahak-agak puan sebab saya jadi macam tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum bekam pastikan sudah makan sedikit. elakkan berbekam ketika sedang letih keterlaluan. boleh cuba bekam dengan kami pula ya

      Delete
  5. Seumur hidup saya ni baru pernah cuba bekam ni sekali..

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik