Wednesday 27 January 2016

Cara Mudah Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Cara Mudah Hilangkan Blackhead dan Whitehead
Cara Mudah Hilangkan Blackhead dan Whitehead


Bagi kebanyakan wanita, mesti naik menyampah kalau ternampak blackhead dan whitehead mendiami hidung atau bahagian-bahagian tertentu di wajah anda. Kulit yang mengandungi blackhead dan whitehead ini terasa seperti berpasir, memang berbeza kalau setiap kali ia dapat dikeluarkan sebaik selepas kita berfacial.

Sudah pasti, anda tercari-cari cara terbaik untuk menghilangkan blackhead dan whitehead. Facial disarankan sebulan sekali, manakala membuang blackhead dan whitehead dicadangkan seminggu sekali. JAdi sebaiknya anda mengetahui sendiri cara terbaik untuk membuangnya sendiri.

Apakah Blackhead

Blackhead adalah nama perubatan bagi Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar sebaceous. Apabila kelenjar ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindak balas ini menyebabkan warna lebihan daripada minyak tersebut bertukar menjadi hitam. Sebab itulah kita hanya melihat bahagian atas sahaja berwarna hitam.

Blackhead selalunya mendiami hidung, sekitar mulut dan dagu
Blackhead selalunya mendiami hidung, sekitar mulut dan dagu


Apakah Whitehead

Whitehead pula adalah disebut sebagai closed comedo. Ia merupakan jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang telah mati. Whitehead ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit dimana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut. Inilah sebab mengapa ia juga dikenali sebagai closed comedo.

Whitehad di dagu
Whitehad di dagu

Kaedah 1: Menggunakan Telur


Bagi anda yang tidak kisah menggunakan telur, telur juga merupakan satu alternatif baik untuk membuang blackhead dan whitehead. 

Tekap kapas yang direndam dengan telur putih pada kulit muka
Tekap kapas yang direndam dengan telur putih pada kulit muka


Bahan yang anda perlukan: kapas muka dan telur

Caranya:


  1. Ambil sebiji telur dan asingkan putih dan kuning telur
  2. Pukul putih telur hingga kembang
  3. Bersihkan wajah dengan pencuci muka atau air suam terlebih dahulu supaya liang pori terbuka
  4. Ratakan kapas muka dengan putih telur
  5. Tekap atau tampal kapas (yang telah diratakan dengan putih telur) pada kulit wajah dan biarkan kapas mengering sendiri
  6. Tanggal kapas muka dan lihatlah hasilnya.
  7. Cuci muka dengan air suam atau pencuci muka

Kaedah 2: Stim wajah


Biasa kalau kita ke spa, mereka akan stim muka kita kemudian barulah dibuangkan whitehead dan blackhead kan. Ok cara ini kita boleh buat di rumah sebenarnya.

Kaedah stim wajah lebih berkesan menghilangkan blackhead dan whitehead
Kaedah stim wajah lebih berkesan menghilangkan blackhead dan whitehead


Pastikan anda ada alat ini: periuk nasi elektrik dan alat membuang blackhead dan whitehead

Alat untuk membuang blackhead dan whitehead
Alat untuk membuang blackhead dan whitehead
Caranya:


  1. Cuci wajah dengan pencuci muka.
  2. Panaskan dan didihkan air di dalam periuk nasi elektrik
  3. Apabila sudah panas, letakkan wajah anda di atas periuk nasi, agar kena dengan wap yang dikeluarkan periuk nasi itu
  4. Tudung kepala anda dengan tuala agar wap akan memenuhi wajah anda
  5. Wapkan selama 10-15 minit
  6. Selepas diwapkan muka, bolehlah dibuang blackhead dan whitehead menggunakan alat yang ada

Kaedah ini agak menyakitkan tetapi sangat berkesan, buat dengan perlahan ya. Sebaiknya selepas membuat kaedah ini, anda pakailah masker pula. 

Peranan masker adalah untuk menutup pori yang besar dan mengurangkan ketegangan kulit selepas dibuat teknik blackhead dan whitehead tadi.

Tips mengurangkan blackhead dan whitehead


Untuk mengurangkan blackhead dan whitehead, cubalah cara di bawah:

  1. Cuci muka sekurang-kuranga 2 kali sehari.
  2. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  3. Makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  4. Lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
  5. Kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Untuk temujanji facial dan spa bergerak terutama di Gombak, hubungi kami di nombor tertera:
Raihanah 0122195919

18 comments:

  1. Terbaik laa cara ini. guna telur pon bleh heh...nanti nak try aa... :)

    ReplyDelete
  2. akak selalu guna cara putih telur ngn tisu tuh... suke time dh kering tuh... bila kita tarik tuh mmg banyak whitehead n blackhead lah.... pastu kulit pun rasa lembut je cuma yg tak tahan bau hanyir tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah cuba. nanti rasa macam nak cuba jugalah, kena tahanlah bau hanyir tu

      Delete
  3. cara pun senang dan mudah. CUma kena ambil masa yang sesuai je nak buat. hehe

    ReplyDelete
  4. Baguslah tips ni. Senang je kan sebenarnya nak rawat kulit muka di rumah :)

    ReplyDelete
  5. Mesti leka kan kalau mengerjakan black head ni, geram tengok dia keluar dpd dlm kulit

    ReplyDelete
  6. cik tom selalu guna yg no 1 putih telur dan tisu..mmg praktikal dan best..cuma 1 je..x tahan bau hanyir telur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ramai guna cara tu. nanti saya pun nak cubalah

      Delete
  7. Thanks for the tips. Stim wajah tu..kalau sendiri buat..memang tak buat lah jawabnya..hihi

    ReplyDelete
  8. tips2 ni iols sukaaa ahaha.. terbaik.. tapi yang pakai tool tu sakit !!
    xmolaaa guna.. telur la paling senang =)

    ReplyDelete
  9. teringin juga nak cuba...cuma terfikir balik..kalau muka dah licin sangat macam perempuan jadi lain pulak nanti

    ReplyDelete
  10. suami banyak blackhead. saya banyak whitehead. tapi lagi suka picit2 kat muka suami bagi blackhead keluar sebab lagi senang. tapi habis berlubang muka kawan hahahaha

    ReplyDelete
  11. bagus sekali tips ini, saya juga banyak sekali blackhead

    ReplyDelete
  12. bagus sekali tips ini, saya juga banyak sekali blackhead

    ReplyDelete

Komen Anda Keutamaan Kami Untuk Menjadikan Syarikat Ini Teguh Dan Terbaik